Tentang
PRODUK LATIFAH OMAR
Product Latifah Omar merupakan pengeluar Product White Coffee berasaskan PEGAGA, AKAR KAYU dan PEMAKANAN SUNNAH untuk mengembalikan rasa cergas dan cerdas sepanjang masa.
Merupakan minuman sensasi awet muda. Mula mengeluarkan produk KOPI PEGAGA pada tahun 2004 dan diikuti dengan pelbagai produk KOPI TING-TING, TAMAR STEVIA, REMPAH RATUS SERBUK, SET BERSALIN, WHITE COFFEE, WHITE COFFEE COLLAGEN dan bermacam lagi produk-produk minuman white berasaskan herba dan jamu-jamu.
Beroperasi di bawah syarikat LATIFAH OMAR GROUPS SDN BHD dan kini telah beroperasi dan berada di pasaran selama 14 tahun.
Mempunyai OEM untuk anda yang ingin membuat produk jenama anda sendiri.
Pn Latifah Omar
Puan Latifah Binti Omar di lahirkan pada tahun 1957, di lahirkan dan dibesarkan di Selangor. Beliau dilahirkan dari golongan keluarga yang susah, tiada berpendidikan tinggi seperti graduan lain atau usahawan lain namun, beliau mempunyai semangat untuk mengubah nasib demi kehidupan yang lebih baik dan sempurna dan di redhai Nya.
Mempunyai minat berniaga sejak kecil. Beliau mula menceburi bidang perniagaan pada tahun 1994. Memulakan perniagaan herba dan rempah ratus warisan nenek moyang beliau, juga berniaga kedai makan secara kecil-kecilan.
Pada tahun 2003 beliau dan suami tercetus idea untuk mengeluarkan dan mengkomersialkan produk White Coffee berasaskan Pegaga dan juga pemakanan Sunnah. Beliau telah mencipta pelbagai resipi herba warisan turun temurun juga apa saja produk untuk kesihatan dalaman berasaskan herba, ulam dan sunnah.
Beliau sangat bersemangat untuk menambah pendapatan dan memperluaskan lagi perniagaan herba dan rempah ratus yang di warisi turun temurun dari zaman nenek moyang beliau terdahulu. Berbekalkan pengalaman, azam dan kekuatan diri yang cekal, beliau dan suami membina empayar perniagaan bersama dengan menghadiri pelbagai kursus, seminar dan menimba ilmu tanpa pernah mengenal erti jemu bagi merealisasikan impian beliau menjadi usahawan yang berjaya, hartawan dan dermawan.
Alhamdulillah dengan kesungguhan, kesabaran dan keyakinan beliau turut dibantu oleh suami beliau kini sudah 14 tahun perniagaan beliau dan suami terbina. Jenama LATIFAH OMAR pengeluar White Coffee berasaskan PEGAGA, HERBA DAN PEMAKANAN SUNNAH juga pengeluar jamu telah
berada di pasaran hampir 14 tahun dan sudah di kenali ramai.
PN LATIFAH OMAR
PENGARAH PRODUK & OPERASI SYARIKAT
EN. CHE NI BIN HASSAN
PENGARAH KILANG & PENGELUARAN
En Che Ni Bin Hassan
En. Che Ni bin Hasan adalah suami kepada Puan Latifah Omar, dilahirkan pada tahun 1967. Membina perniagaan bersama Puan Latifah Omar selama hampir 20 tahun. Jatuh bangun perniagaan yang di bina bersama isteri, beliau tetap cekal menerajuinya tanpa pernah kenal erti penat dan lelah. Sentiasa bersama berada di sisi Puan Latifah Omar bagi membina empayar perniagaan dan merialisasikan impian isteri tercinta.
Idea dan konsep untuk membuat inovasi White Coffee berasaskan Pegaga tercetus dari beliau dan atas usahasama beliau dan isteri kini beliau menjaga operasi di kilang bagi memastikan kualiti produk terjamin dan kepuasan pelanggan yang di utamakan.
Mempunyai semangat dan idea yang bermanfaat bersama Isteri beliau Puan Latifah Omar dalam memperluaskan empayar perniagaan yang di impikan. Beliau yang hanya berkelulusan SPM tidak pernah mengaku kalah dan patah semangat dalam menghadapi pelbagai risiko dan jatuh bangun dalam bidang perniagaan.
TULANG BELAKANG LATIFAH OMAR GROUPS
Kejayaan jenama Latifah Omar tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan dedikasi individu-individu ini.
YUSFAZILAWATI MOHAMED YUSOP
PENGURUSAN & PEMASARAN
YUSFAWAFI MOHAMED YUSOP
EKSEKUTIF AKAUN
YUSFAEZAL MOHAMED YUSOP
LOGISTIK
SHAHRIN HASAN
PEMBANTU LOGISTIK